Monday 19 December 2011

.::. Percayailah Allah memberi ujian dengan kemampuan hambanya. ::.

Salam. Banyaklah bersabar. Percayailah Allah memberi ujian dengan kemampuan hambanya. 

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepadakami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir".

Bacalah kisah2 Al-Quran dan kisah Rasulullah dan sahabat. Bagaimana mereka diuji dengan berbagai ujian. Contoh yang baik ialah sirah Rasulullah. Bacalah bagaimana baginda dianiaya oleh orang kafir Quraisy. Baginda diletakkan najis, dicaci, dianiaya, dilempar batu dan sebagaimana. 

Ujian ialah tanda kasih sayang Allah kepada hamba sebab ada hikmahnya sebalik segala kejadian. Umat2 dahulu juga diuji seperti dizalimi oleh orang2 kafir, raja yang zalim.
Yang penting orang2 yang sabar balasannya tidak terhitung, hanya Allah sajalah yang maha mengetahui. DAn juga perbanyaklah zikir dan selawat ke atas Rasulullah s.a.w kerana ia menenangkan hati seperti dlm firmannya,
“Ketahuilah hanya dengan mengingati Allah, hati menjadi tenang” (Ar Raad : 28)

No comments:

Post a Comment