Monday 19 December 2011

.::Mengapa Kita Selalu Fikir Tentang Cinta dan Hati::.

Hati dan perasaan cinta adalah fitrah manusia, kita tidak boleh lari dari semua ni.Manusia memerlukan kasih sayang dan perlukan cinta.. Perasaan untuk mencintai kepada perempuan memang tidak boleh dinafikan, ia merupakan sesuatu yang perlu bagi setiap manusia.


Tapi, mengapa kita terlalu sibuk sangat untuk memikirkannya?
 Setiap masa dan waktu kita fikirkannya, sampai mandi tidak basah, tidur tidak lena dan banyak lagi la.
Sampai satu tahap, jika jika selalu sibuk fikirkan tentangnya lama-kelamaan kita pasti akan terjebak dalam "couple". Bukankah couple itu haram dan menuju sebuah jalan yang penuh dengan liku-liku yang salah?

Jodoh?

Masih tidak yakin dengan janji Allah.?
Bukankah Jodoh itu telah ditetapkan oleh-Nya?
Lihatlah.
Saya tahu anda semua punyai misi untuk islam. Kenapa ea kita terlalu mudah goyah kepada perasaan dan cinta.Memang tidak dapat dinafikan, saya pun sama macam anda juga cepat mudah goyah dan berfikir pendek.Itu dulu la, sekarang ni saya dah sedar yang saya telah memilih jalan yang salah.Sekarang ni bukan masa  yang sesuai untuk memikirkan pasal jodoh.Lebih baik fikirkan masa depan dan mendekatkan diri kepada Allah swt Yang Maha Berkuasa.Jodoh ni Allah swt telah tentukan siapa jodoh kita, tidak payah la pening untuk memikirkan jodoh ni.Ramai juga kawan saya yang mengatakan "aku mahu berkahwin, bernikah" tetapi dimanakah persediaan? Persediaan untuk menjadi isteri kepada seorang suami atau suami kepada seorang isteri?
Ini bukanlah perkara yang mudah. Adakah ia hanya untuk keseronokan? Tidak. Ia adalah satu tanggungjawab yang akan ditanya oleh Allah SWT suatu ketika nanti. Adakah kita telah melaksanakan tugas sebagai khalifah dengan sebaik-baiknya.
Cinta dan perasaan satu keperluan. Tetapi kita mesti pandai menguruskannya.Bercintalah tetapi melalui jalan-jalan yang Islam telah tunjukkan. Buat persediaan, dan lakukan ta'aruf  dan seterusnya. Islam itu dipenuhi cinta dan kasih sayang, tapi banyak cinta dan kasih sayang yang menyimpang dari islam kerana kita tidak menghayati Islam sepenuhnya.
Mari Menjadi Hamba kepada pencipta

 Menjadi sebaik-baik hamba ialah memerlukan pengorbanan bukan hanya pada kata-kata. Jika kita imbas kembali bagaimana sahabat-sahabat Rasulullah SAW yang sentiasa memperbaharui dan meningkatkan iman mereka. Keyakinan mereka adalah di tahap yang tinggi. Mereka melihat syurga di hadapan mereka. Amal yang mereka lakukan adalah semaksimum yang mungkin.
Bukan seperti kita? Mengimpikan syurga tetapi kita hanya bermimpi tanpa mempertingkatkan amal. Sedarlah! Hidup ini satu perjuangan. Jadi, berusahalah Untuk Menyihatkan IMAN!

Jom sama-sama kita mencari cinta dan RedhaNya.
Lihatlah cinta yang sebenar ini!
Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:
"Sesungguhnya ALLAH TA'ALA berfirman pada Hari Kiamat kelak; mana orang-orang yang saling mencintai kerana keagungan-KU? Hari ini KU-naungi mereka, di mana tidak ada naungan yang lain selain naungan-KU."

No comments:

Post a Comment