Wednesday 21 December 2011

Cinta Antara Dia n Allah

Saat mula mengenali dirinya,
 Diriku seakan bahagia, 
Tiada setitis mutiara jatuh ke riba, 
Kehadirannya mampu membawa cahaya, 
Hadirnya dalam hidupku, 
Mampu mengubat hatiku yang pilu, 
Mampu menghapus kenangan sendu, Y
ang membiarkan aku terus hanyut dibuai rindu palsu, 
Cinta bertepuk sebelah tangan, 
Ayat yang sesuai dijadikan ungkapan, 
Kerana berperanannya hati dan perasaan, 
Walaupun kekadang diri terasa bahagia, 
Namun derita juga kian menghimpit dada, 
Saat aku melihatnya, T
erasa hatiku seakan-akan dihiris-hiris olehnya,   
Seringkali aku merasa diri seperti ditertawakan, 
Manik-manik jernihku bertaburan seperti air hujan, 
Hatiku berbicara, mengingatkan aku ini adalah satu ujian, 
Aku sakit dan patah hati, 
Aku tak mahu berangan lagi, 
Aku nak lari dari semua ini, 
Hingga aku temui cinta sejati, 
Niat tidak boleh menghalalkan cara, 
Kerana apa yang haram tetap haram disisiNya, 
Aku ingin mencintai dan dicintai dengan redhaNya, 
Kerana disitulah akan hadir segunung rahmatNya, 
zulfadhli."^________^"

No comments:

Post a Comment