Tuesday 20 December 2011

.::Menjelang Senja::.


Syukur,
Aku masih lagi diberi peluang untuk melangkah ke petang ini,
Sesekali aku mendongak ke langit,
Aku kagum sendiri,
Melihat langit kekuningan seakan dilukis,
Burung-burung menyanyi riang,
Terasa bebasnya diatas sana,
Namun,
Mentari semakin menyembunyikan sinar disebalik awam,
Sesekali redup dan mendung,
Mungkin menandakan petang ini akan hujan,
Atau sekadar untuk mencantikkan lanskap ciptaan-Nya,
Subhanallah,
Sungguh bertuah kerana diberi peluang untuk mengamati keindahan alam,
Alam yang sentiasa memberikan panorama yang indah pada pancaindera,
Memberi ketenangan pada hati,
Halwa telinga pada yang mendengar,
Suara anak-anak kecil ketawa riang sedang leka bermain di taman,
Seakan tidak mahu pulang ke rumah,
Pulanglah anakku,
Bersihkan tubuhmu itu,
Marilah kita bersujud pada-Nya,
Moga diberi keberkatan dalam menempuhi hidup ini,
Marilah insan,
Tinggalkan urusan duniamu,
Lupakan seketika waktu,
Seruan illahi menjemput kita ke rumah-Nya,
Ya Allah, terima kasih diatas kurniaan-Mu,
Kerana sentiasa menyedarkan aku dari terlupa,
Menginsafkan aku dengan kealpaan pada duniawi,
Serta memimpinku je jalan ukhrawi,
Dunia akhirat yang kita cari,
Syurga yang kita impikan,
Tiada apa didunia ini untuk dibanggakan,
Hanya mencari keredhaan dari Maha Pencipta,
Allahuakbar...




No comments:

Post a Comment