Wednesday 28 December 2011

BUAT ADAM YANG MENCARI CINTA HAWA



BUAT ADAM YG MENCARI CINTA HAWA:jangan dilihat pada purdah mahupun tudung semata-mata kerana hawa hari ini tidak lagi seperti dulu.lihatlah pada telapak tangannya.andai mudah telapak lembut itu hinggap pada kulit lelaki lain tanpa lapik,fikirlah semasaknya untuk menyuntingnya.sesungguhnya memegang bulu anjing itu lebih baik dari menyentuh kulit lelaki atau wanita yg boleh kita kahwini......jangan dilihat pada baju labuh mahupun jubahnya semata-mata.lihatlah pada sebujur bibirnya.andai kata-katanya berbisa atau kuat suaranya,fikirlah semasaknya andai hati masih teringin menyuntingnya.khuatir kelak dia membawa fitnah buat si suami dan menabur buruk diri si suami.....jangan dilihat pada cantik wajahnya semata-mata.lihatlah pada sepasang indah mata miliknya.andai tidak redup menunduk pandangan.fikirlah semasaknya andai ingin terus menyunting dirinya.khuatir bila sudah bersuami matanya terus meliar memandang segak rupa lelaki lain yg bukan bernama suami....

UNTUK HAWA,Andai mahu menerima cinta Adam..
jangan dilihat pada kereta mewahnya semata-mata.lihatlah pada aktiviti malamnya.andai liar hidupnya tika malam menjelma,fikirlah sebaiknya andai mahu menerima.kerana maksiat lebih mudah tatkala kelam malam sudah tiba.khuatir juga subuhnya terus leka dibuai mimpi nan indah...jangan dilihat pada pakaian berjenama semata-mata.lihatlah pada bahagian kakinya.andai mudah lututnya ditayangkan tatkala lincah di padang bola, fikirlah sebaiknya andai masih mahu menerima.kerana aurat suami itu hanya selayaknya dilihat oleh si isteri....jangan dilihat pada tampan paras semat-mata.lihatlah pada mulutnya ketika berbicara..andai dia mudah menghambur carutan dan sumpah seranah,fikirlah sebaiknya andai masih tegar memilihnya..khuatir apabila bersama kelak kesalahan kecil anda akan menerima hamburan cacian yang menyeksakan..... 
(sumber drpd I Love Allah SWT and Prophet Muhammad SAW...facebook)


Sunday 25 December 2011

Aku Anak Nelayan


Aku lahir sebagai seorang anak nelayan di Kampung Sabak,Kelantan. Kini usiaku sudah 20 Tahun dan sedang menuntut di Universiti Kuala Lumpur. Saat ini, memoriku entah tiba-tiba terkenang masa lampauku iaitu masa kecilku, tempat lahirku, tempat aku bermain dan segala memoriku di kampung nelayan.

Suasana pagi di kampung nelayan riuh dengan penduduk kampung dan bunyi bot. Para nelayan mulai merapatkan bot di tempatnya dan membawa hasil tangkapannya untuk dijual dan pulang sebagai juadah untuk makan seisi keluarga.

Ayah dan ibu selalu mencegahku untuk mengikut ayahku ke laut. Mereka lebih senang melihat aku dirumah, belajar, berehat atau bermain dengan kawan-kawan. Cukup untuk ayahku sahaja yang bermandi ombak untuk bekerja mencari rezeki. Kebanyakan para nelayan disana memilih untuk membiarkan anak-anak mereka untuk belajar atau tidak tetapi ayah dan ibuku selalu berpesan untuk aku dan adik-beradik belajar bersungguh sungguh sehingga ke universiti dan jangan menjadi seperti ayah seorang nelayan. Mereka bukan memandang hina pekerjaan sebagai nelayan, tapi mereka menginginkan aku dan adik-adikku mempunyai profesion yang lebih baik dari profesion yang mereka jalani saat ini. Ini telah membakar semangatku untuk berjaya dalam hidup dan untuk mengubah kehidupan kami adik-beradik.

Melihat pengorbanan kedua ibu bapaku selama ini, dalam hati yang paling dalam, aku pun bertekad untuk merealisasikan semua impian-impian mereka padaku. Tak terasa air mataku jatuh ketika mengenang semua itu. Semua pengorbanan yang dilakukan tidak sia-sia.InsyaAllah kalau ada rezeki aku akan sambung ijazah. Aku berasa sangat bangga mempunyai ibu bapa seperti mereka. Tuhan, terima kasih Engkau telah berikan ibu bapa sehebat mereka kepadaku.

Friday 23 December 2011

Jodoh


Tatkala ramai yang bertemu jdoh..ade juge yang tidak bernasib baik dalam berkasih..bertahan sahabat, I’Allah bukan masenye lagi dan jike ia baik untuk kite I’Allah ia akn tetap milk kite dan jike ia bukan milik kite siape la kite untuk melawan takdir…jadi jangan sedih sahabat…!!

Saye nak bagi nasihat xbape reti, dedikasikan lirik ini untuknya..:

Wahai teman usah kenangkan
Kisah cintamu yang amat memilukan
Ditinggalkan kekasih hati
Impian hidup tiada erti lagi

Dikecewa hampa dan duka
Derita seakan tiada hujungnya
Arah hidupmu tidak menentu
Tiada insan yang dapat membantu
Bukankah ini suatu dugaan
Dari TuhanNya Pengasih Penyayang
Kita hanya dapat merencana
Hanyalah dia yang menentukanNya

Titis air mata
Jangan dipersia
Curahkan hanya Kepada Yang ESA
Semoga hidupkan lebih sempurna
Sinar bahagia pasti menjelma

Suburkan Iman dihati
Selalu Menginsafi Diri Sendiri
Tiap Ujian Pembuka Jalan
Untuk Kembali Kepada Tuhan.


RinDu


Hanya ingin kukatakan betapa sempitnya ruang ini
Terlalu banyak sekat
Hingga banyak ucap yang tercegat
Dan pikir yang terikat

Bukankah akan selalu ada pilihan yang harus dijalani
Lalu mengapa harus takut
Hingga harus terjebak
Dalam sekat, sempit dan sesak

Mungkin hanya rasa takut
Hingga menutup segalanya
Tersadar betapa terbatasnya diri ini
Argh….Betapa sempitnya ruang ini

Tiba-tiba aku sangat merindukanmu
Memberikan ada dalam ketiadaanku
Melapangkan sempit yang membuatku sesak
Atau mungkin hanya sekedar memandang cakrawala jingga
Bersama di setiap senja…………………




Thursday 22 December 2011

Jadilah Hamba Yang Ikhlas


Setiap umat Islam wajib meyakini dan menyembah hanya kepada Allah s.w.t. Kita sememangnya tahu akan ibadah yang difardhukan ke atas umat Islam yang telah akil baligh dan cukup syaratnya. Namun begitu, ramai dalam kalangan umat Islam yang kurang menitik beratkan aspek ikhlas dalam ibadah kepada Allah s.w.t. Ikhlas bermaksud setiap kata-kata, perbuatan, dan amalan adalah kerana Allah s.w.t, lillahi taala.
Ikhlas juga beerti setiap apa yang kita lakukan itu tidak mengharapkan apa-apa faedah, gelaran, pujian, kemuliaan dan pangkat dari sesiapa melainkan Allah s.w.t semata-mata. Islam mewajibkan setiap umatNya melakukan setiap amalan dengan ikhlas kerana ia merupakan inti pati dan penentu penerimaan amalan. Firman Allah s.w.t :
"Sesungguhnya solatku, dan ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah tuhan yang memelihara dan mantadbir sekalian alam." (al-An'am:162)

Keikhlasan adalah terbit daripada hati dan disudahi dengan tindakan. Ia bukanlah sesuatu yang boleh dibuat-buat atau berpura-pura. Sesungguhnya, amalan yang berpura-pura tidaklah dikira ikhlas kerana Allah s.w.t. Niat hati yang ikhlas sudah cukup untuk membuahkan ganjaran pahala disisi Allah s.w.t sekalipun amalan tersebut belum dilakukan. Daripada Ibn Abbas r.a, Rasulullah s.a.w bersabda:
"Sesungguhnya Allah telah mencatatkan kebaikan dan keburukan serta telah menjelaskannya di dalam Kitab-Nya. Sesiapa yang berniat untuk berbuat kebaikan namun tidak mengerjakannya, maka akan dituliskan untuknya satu kebaikan yang sempurna. Jika dia benar-benar mengerjakannya, maka Allah akan menuliskan untuknya 10 hingga 700 kebaikan, bahkan mampu lebih banyak lagi. Sesiapa yang telah berniat untuk berbuat keburukan namun tidak mengerjakannya, maka akan dituliskan untuknya satu kebaikan yang sempurna. Jika dia benar-benar mengerjakannya, maka Allah akan menuliskan satu keburukan untuknya."(riwayat Muslim)




Wednesday 21 December 2011

KEKOSONGAN JAWATAN!!



A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan
Dilantik Jadi Ahli Syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN
(khas untuk jawatan A):

1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.

TARIKH TEMUDUGA:
 Bila-bila masa secara adhoc bermula
dari saat membaca iklan ini

LOKASI TEMUDUGA:
Di dalam kubur (alam barzakh).

KELAYAKAN:
Anda tidak perlu bawa siji-sijil. Anda tidak perlu bawa pingat. Anda tidak perlu bawa wang atau harta (yg banyak).
 Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi. Sila bawa dokumen asal Iman dan Amal.

PANEL/PENEMUDUGA:
Mungkar dan Nakir.
 ENAM SOALAN BOCOR:
 1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?

CARA MEMOHON:
 Anda perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang- orang tertentu. Ia diberi nama Izrail.  

islamic picture

selamilah ayat-ayat di setiap gmbr2 trsbt...